Citation
Che Hassan, Norlizah
(2014)
Dinamika kendiri remaja.
Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor.
ISBN 9789673443772
Abstract
Pembangunan kendiri remaja merupakan suatu aspek yang amat penting khususnya dalam menghadapi arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan tentang aspek kendiri dan perkembangannya (dinamika kendiri) seseorang itu dapat memahami dan mengaplikasikan beberapa langkah dalam memantapkan konsep kendiri remaja. Buku ini membincangkan beberapa aspek penting berkaitan dengan konsep kendiri remaja seperti konsep dan elemen dalam konsep kendiri, teori dan kajian berkaitan konsep kendiri, peranan keluarga dalam pembentukan konsep kendiri, struktur keluarga dan konsep kendiridan juga dinamika kendiri. Buku ini turut mengupas tentang peranan keluarga dan warga pendidik dalam pembentukan konsep kendiri remaja dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam pembentukan konsep kendiri yang positif. Buku ini sesuai sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada para ibu bapa, warga pendidik, pelajar sekolah mahupun IPT ataupun remaja itu sendiri dalam memahami aspek perkembangan kendiri dan kaedah dalam membangunkan kendiri remaja
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |