Citation
Idris, Nurlina
(2012)
Gangguan fonologi dalam bahasa pesakit strok.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Salah satu daripada gangguan yang seringkali terjadi dalam kalangan pesakit strok ialah gangguan bahasa. Bertitik tolak daripada itu pengkaji telah menjalankan satu kajian kes terhadap gangguan bahasa pesakit strok. Pesakit strok yang dijadikan subjek dalam kajian ini adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai sindrom afasia Broca.
Kajian ini menggunakan kerangka Teori Kesilapan Fonologi oleh Blumstein (1994) bagi mengenal pasti kesilapan fonologi yang dilakukan oleh pesakit strok, menghuraikan faktor ekstra linguistik yang mempengaruhi penguasaan fonologi pesakit strok dan akhir sekali membentuk satu perisian yang dapat membantu penguasaan fonologi pesakit strok. Data kajian yang diperoleh berdasarkan pemerhatian semula jadi, temu bual dan juga melalui ujian kad bergambar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapatnya gangguan yang terjadi gangguan fonologi yang melibatkan penggantian, pengguguran, penambahan fonem dan metatesis. Pada kesilapan penggantian fonem pengkaji mendapati kedua-dua subjek melakukan kesilapan ini dengan S1 melakukan sebanyak 7 kesilapan manakala S2 sebanyak 18 kesilapan. Seterusnya bagi kesilapan pengguguran pula, S1 melakukan sebanyak 5 dan S2 sebanyak 12 kesilapan pengguguran dan bagi kesilapan penambahan bunyi pula pengkaji mendapati S1 melakukan sebanyak 4 kesilapan manakala S2 sebanyak 3 kesilapan. Kesilapan yang terakhir adalah metatesis. S1 hanya melakukan 2 kesilapan manakala S2 melakukan 2. Selain itu faktor ektstra linguistik tersebut adalah motivasi diri, pendedahan diri dan persekitaran sosial yang dapat dikesan terhadap kesemua pesakit strok ketika temu bual dan pemerhatian dijalankan. Justeru, satu perisisan fonologi untuk disesuaikan dalam rawatan pemulihan pesakit strok dibentuk oleh pengkaji.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |