Citation
Raja Ariffin, Raja Masittah
(2010)
Cendekiawan Bahasa Melayu dalam tradisi kesarjanaan barat.
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
ISBN 9789673441327
Abstract
Apakah istimewanya buku ini sehinggakan anda tidak harus ketinggalan membacanya? Sejarah merakamkan bahawa pada suatu ketika dahulu Kepulauan Melayu merupakan satu kawasan yang luas, yang amat diminati oleh orang Barat. Apakah faktor-faktor yang menggamit mereka datang ke Alam Melayu? Buku ini menggarap tajuk-tajuk tentang sejarah kedatangan sarjana Barat ke Alam Melayu yang didorong oleh pelbagai faktor. Faktor kesarjanaan merupakan faktor penting yang natijahnya berupaya menghasilkan karya-karya penting tentang bahasa dan bangsa Melayu di Alam Melayu. Kelainan buku ini terletak pada kandungannya yang banyak mengemukakan maklumat diri, pendidikan, kajian dan sumbangan para cendekiawan Barat tentang bahasa Melayu. Buku ini juga menyingkap sumbangan penting 40 orang cendekiawan Barat yang mengkaji bahasa-bahasa Austronesia, memaparkan peranan mereka dalam tradisi kajian dan penyusunan perkamusan Melayu dan pengajian Melayu yang berteraskan tradisi kesarjanaan dan persuratan. Penghasilan karya-karya mereka dalam bidang bahasa Melayu khususnya di samping sejarah dan sastera Melayu telah menghidupkan dan mengagungkan bahasa dan bangsa Melayu di peringkat antarabangsa.
Buku ini ada manfaatnya bukan sahaja kepada para pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi sebagai bahan rujukan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran secara formal, bahkan dapat dimanfaatkan oleh peminat bahasa umumnya, di samping menambah khazanah kepustakaan Melayu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |