Citation
Mohd. Ayub, Ahmad Fauzi and Kamarudin, Nurzatulshima, eds.
(2010)
Isu pengurusan, pengajaran & pembelajaran dalam pendidikan sains.
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
ISBN 9789673441297
Abstract
Buku Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran Dalam Pendidikan Sains dihasilkan sebagai rujukan bagi para akademik, pendidik guru, guru, bakal guru, penyelidik dan individu yang ingin memahami isu berkaitan Pendidikan Sains. Pelbagai isu semasa telah dikupas oleh beberapa penulis meliputi pendekatan teori dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sehinggalah kepada pengurusan dalam makmal Sains, sama ada diperingkat sekolah mahupun pengajian tinggi. perubahan serta kewujudan dasar baharu berkaitan Pendidikan Sains telah menjadikan pendidikan sains sebagai salah satu cabang pendidikan yang menjadi semakin penting buat masa ini. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh para penyelidik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari aspek psikologi, nilai-nilai kemanusiaan dalam sains, pendekatan teori, pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sains dalam pelbagai peringkat pengajian. Selari dengan kemajuan dunia teknologi, Pendidikan Sains juga telah mengalami satu transformasi dengan penumpuan ke arah penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajan dan pembelajarannya. Adalah diharapkan buku ini dapat menambah pengetahuan dan pemahaman guru mahupun para penyelidik dalam beberapa isu kritikal yang berkaitan Pendidikan Sains. Buku ini juga sesuai bagi pendidik yang mencari cara berkesan dan menarik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran sains. Kefahaman tentangkaedah terbaik semasa penyampaian dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran sains adalah amat penting bagi memastikan hasil pembelajaran yang optimum tercapai.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |