UPM Institutional Repository

Transformasi kepemimpinan pendidikan : cabaran dan hala tuju


Citation

Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah and Asimiran, Soaib (2011) Transformasi kepemimpinan pendidikan : cabaran dan hala tuju. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789673442287

Abstract

Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju merupakan buku yang sesuai bagi pentadbir institusi pendidikan seperti sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta. Ilmu yang disumbangkan merupakan karya para ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Selain itu, buku ini juga bertujuan memberi suatu gambaran terkini untuk dijadikan asas dan panduan bagi mentransformasi institusi pendidikan. Beberapa topik yang dianggap mencabar dikemukakan untuk direnung bersama supaya setiap pemimpin institusi pendidikan mampu membuat transformasi dan menggerakkan minda mencapai kecemerlangan. Bab yang ditulis dikategorikan kepada dua iaitu kepemimpinan peringkat sekolah dan kepemimpinan peringkat pengajian tinggi. Buku ini dicetuskan oleh kesedaran kumpulan penulis untuk mencari jawapan kepada persoalan bagaimanakah institusi pendidikan seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi menghadapi pelbagai perubahan seperti Model Baharu Ekonomi, dasar pengajian tinggi, transformasi untuk menjadi lebih maju dalam era globalisasi dan sekolah berprestasi tinggi dan lainlain lagi.


Download File

[img]
Preview
PDF (Book cover)
Transformasi kepemimpinan pendidikan.pdf

Download (26kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Book
Call Number: LB2965 M3Z21
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Keywords: Education; Educational institution transformation; Leadership
Depositing User: Muhamad Syamil Hamidon
Date Deposited: 26 Nov 2014 08:47
Last Modified: 28 Jan 2015 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32480
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item