Citation
Musa, Hashim and Pondo, Halimah
(2012)
Isu sosiolinguistik di Malaysia.
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang,Selangor.
ISBN 9789673442706
Abstract
Isu sosiolinguistik di Malaysia terhasil daripada penelitian tentang beberapa isu utama di sekitar keadaan
kebahasaan di Malaysia. Hubungan antara penggunaan bahasa dengan masyarakat dan negara bangsa Malaysia tercakup dalam kajian sosiolinguistik. Sosiolinguistik mulai dikaji di Barat pada 1960-an yang dipelopori oleh linguis seperti Wilian Labov di Amerika dan Basil Bastin di England. Buku ini mengandungi 12 bab yang membincangkan beberapa isu utama
sosiolinguistik di Malaysia kini yang ada kaitan langsung dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa ilmu
tinggi dan bahasa antarabangsa. Topik yang dibincangkan ialah perancangan bahasa, penyalahgunaan dan kerancunan bahasa, pengajaran bahasa, dasar bahasa, penggunaan
bahasa Melayu di institusi pengajian, bahasa Melayu dalam komponen sastera, pemerkasaan bahasa Melayu, bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat, kebahasaan Melayu dan
agama Islam dan kesantunan serta keindahan bahasa Melayu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |