Citation
Mezah, Che Radiah and Mohammad, Norhayuza
(2011)
Pengajaran dan pembelajaran kosa kata Arab : teori & aplikasi.
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
ISBN 9789673442621
Abstract
Kosa kata merupakan elemen yang terpenting dalam penguasaan sesuatu bahasa. Keupayaan berbahasa dan berkomunikasi lazimnya dilihat melalui penggunaan kosa kata selain daripada elemen lain seperti tatabahasa. Dalam pembelajaran bahasa asing seperti bahasa Arab, masalah penguasaan
kosa kata sering kali menjadi halangan kepada pelajar untuk berkomunikasi. Aspek sebutan, makna, struktur kata kolokasi misalnya perlu dikuasai dengan baik untuk membolehkan penghasilan frasa, ayat dan wacana yang berkesan. Bagi para pengajar, kefahaman yang jitu terhadap proses penguasaan kosa kata dan juga strategi pengajaran yang berkesan dan pelbagai perlu dikuasai untuk membantu kejayaan penguasaan kosa kata pelajar. Buku ini sesuai dimiliki oleh mereka
yang terlibat dalam pendidikan dan penyelidikan kosa kata bahasa Arab. Ia mencakupi aspek teori seperti proses penguasaan kosa kata, ciri kosa kata Arab, jenis kesilapan
yang dilakukan oleh pelajar dalam penguasaan kosa kata Arab dan faktornya. Aspek praktikal pula merangkumi teknik dan strategi dalam pengajaran kosa kata Arab serta bentuk latihan dan ujian yang boleh digunakan untuk menguji penguasaan kosa kata pelajar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |