Citation
Muhammad, Abdul Halim
(2012)
Al-tadribat al-sarfiyyah.
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
ISBN 9789673442959
Abstract
Morfologi merupakan asas pendahuluan bagi ilmu nahu. Bagi
sesiapa yang mahu mengetahui ilmu nahu, ia perlu memulakan
dengan tasrif (morfologi). Ini kerana tasrif merupakan sesuatu yang tetap yang menjadi asal kepada pengetahuan nahu yang sentiasa berubah (dari segi I’rabnya). Kelemahan pelajar dalam bahasa Arab adalah disebabkan kelemahan
mereka dalam morfologi yang merupakan asas kepada ilmu nahu
Arab. Peminggiran aspek morfologi bahasa Arab dan penekanan
aspek nahu, pada pandangan penulis buku ini, merupakan suatu
pendekatan yang kurang tepat dalam pembinaan kurikulum pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Implikasi daripada penekanan tersebut, maka lahirlah pelajar yang mengetahui hukum tatabahasa, tetapi tidak mengetahui bagaimana
membina bentuk kata seperti ism fa’il, ism maf’ul, ism makan, ism zaman, masdar dan lain-lain lagi. Bertolak dari kepentingan morfologi dan kekurangan buku morfologi yang
bersifat praktis, serta rasa kesedaran terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa Arab, penulis cuba
menghulurkan buku yang sederhana bentuk dan isinya ini kepada pelajar dan guru bahasa Arab. Ia merupakan
buku morfologi yang unik berbanding dengan buku morfologi yang lain. Buku Al-Tadribat Al-Sarfiyyah ini bukan sahaja menghuraikan kaedah morfologi Arab secara ringkas dan padat, tetapi menyediakan pelbagai bentuk latihan dan aktiviti morfologi yang boleh membantu pelajar meningkatkan penguasaan aspek morfologi Arab. Buku ini sesuai digunakan oleh guru bahasa Arab.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |