UPM Institutional Repository

Kesan intervensi imbangan dan kawalan postur terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak sindrom down di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Citation

Teng, Siew Lian (2012) Kesan intervensi imbangan dan kawalan postur terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak sindrom down di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sindrom Down adalah golongan yang paling besar dalam populasi terencat akal.Sindrom ini berpunca daripada kelebihan kromosom ke-21 yang mengakibatkan pelbagai kekurangan mental dan fizikal. Lantaran itu, perkembangan motor kasar kanak-kanak sindrom Down didapati terlewat berbanding dengan kanakkanak sebaya yang normal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tapak perkembangan motor kasar populasi kajian bagi merancang dan menjalankan program intervensi; serta menguji keberkesanan intervensi imbangan dan kawalan postur terhadap kemahiran motor kasar peserta rawatan. Kajian ini menggunakan bentuk Siri Masa dengan pengukuran berulang kali (Split-plot Anova- SPANOVA). Dalam Fasa I, seramai 32 peserta sindrom Down (6-10 tahun) telah dikenal pasti tahap kemahiran motor kasar dan keupayaan imbangan dengan Test of Gross Motor Development-2 (TGMD-2) dan Ujian Sub Imbangan Bruinink-Oseretsky Test of Motor Proficiency (BOTMP). Keputusan kemahiran motor kasar dan imbangan dijadikan rujukan dalam perancangan intervensi. Dalam Fasa II pula, program intervensi kajian telah dijalankan ke atas 32 peserta yang berbeza dan yang diagih kepada kumpulan rawatan (n =16) dan kawalan (n=16) secara rawak. Peserta rawatan telah menjalani intervensi imbangan dan kawalan postur sebanyak tiga sesi seminggu (30 minit sesesi) selama enam minggu. Intervensi kajian ini terdiri daripada satu set aktiviti yang mempunyai ciri-ciri imbangan dan kawalan postur. Setiap aktiviti intervensi memberi peluang kepada peserta kajian untuk mengembangkan elemen tertentu yang diperlu bagi meningkatkan kemahiran motor kasar. Keputusan kajian telah dianalisis dengan SPANOVA yang melibatkan enam kali pemerhatian berulang. Analisis SPANOVA secara within-subjects dan betweensubjects telah dilakukan terhadap variabel-variabel kajian. Intervensi kajian ini didapati memberi kesan signifikan secara within dan between-subjects kepada keupayaan imbangan dinamik [ F(5,110) = 6.942, p < .05 dan F(1,22) = 8.183, p< .05 ]; kemahiran motor kasar [ F(5,120) = 21.998, p < .05 dan F(1,24) = 10.718,p < .05 ]; gerak loko [ F(3.96, 95.04) = 19.875, p < .05 dan F(1,24) = 5.258, p < .05 ]; dan kawalan objek [ F(5,120) = 241.607, p < .05 dan F(1,24) = 4.486, p < .05]. Secara kesimpulan, intervensi kajian memberi kesan yang signifikan secara statistik kepada imbangan dinamik, perkembangan motor kasar, kemahiran gerak loko dan kawalan objek. Namun, kesan yang signifikan secara statistik tidak terdapat dalam kemahiran imbangan statik dan beberapa item kawalan objek. Kajian ini mencadangkan supaya tempoh intervensi diperpanjangkan supaya mendapat kesan yang lebih baik. Di samping itu, gabungan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot dalam intervensi serta penglibatan pihak sekolah dan ibu bapa diperlukan untuk kajian masa hadapan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 16R.pdf

Download (743kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Down syndrome - Kuala Lumpur
Subject: Motor ability in children - Kuala Lumpur
Call Number: FPP 2012 16
Chairman Supervisor: Tengku Fadilah Tengku Kamalden, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 19 Jan 2015 04:44
Last Modified: 19 Jan 2015 04:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32207
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item