UPM Institutional Repository

Persepsi Guru Terhadap Hubungan Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Iklim Sekolah di Kajang


Citation

Dollah, Suhasni (2004) Persepsi Guru Terhadap Hubungan Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Iklim Sekolah di Kajang. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan gaya kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah berdasarkan persepsi guru. Sampel kajian terdiri daripada 208 guru terlatih dari lima buah sekolah menengah kebangsaan dalam bandar Kajang, Selangor. Instrumen Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) telah digunakan untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya kepemimpinan pengetua manakala instrumen CFK School Climate Profile digunakan untuk mengkaji persepsi guru terhadap iklim sekolah. Kajian ini berfokus terhadap dua gaya kepemimpinan, iaitu gaya kepemimpinan demokratik dan gaya kepemimpinan autokratik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengetua sekolah dalam bandar Kajang mempunyai aras gaya kepemimpinan demokratik dan autokratik yang tinggi dan begitu juga dengan iklim sekolah. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara persepsi guru terhadap gaya kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah (r=0.10, p>0.05).Selain itu, tidak wujud hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan demokratik dan autokratik dengan iklim sekolah (r=0.17, r=0.13, p>0.05). Namun begitu, analisis pekali korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan pengetua autokratik dengan iklim sekolah bagi faktor persekitaran (r=0.20, p<0.05) dan proses pengurusan (r=0.21, p<0.05). Daripada dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa tidak wujud hubungan antara persepsi guru terhadap gaya kepemimpinan pengetua dengan iklim sekolah.


Download File

[img]
Preview
PDF
549555_T_FPP_2004_19.pdf

Download (96kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Educational leadership - Kajang.
Subject: High school principals - Kajang.
Call Number: FPP 2004 19
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Haji Zakaria Kasa, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Users 12 not found.
Date Deposited: 05 Jun 2008 15:34
Last Modified: 27 May 2013 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/320
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item