Citation
Othman, Mohd Sukki and Yusoff , Zulkifli
(2012)
Perumpamaan serangga dalam al-Qur'an : analisis i'jaz.
In: 2nd Annual International Quranic Conference 2012, 22-23 Feb. 2012, Universiti Malaya. (pp. 8-28).
Abstract
Terdapat pelbagai jenis serangga yang hidup di atas muka bumi ini. Kepentingan
serangga dalam kehidupan manusia bukanlah terletak pada bilangannya yang terdiri
daripada hampir 75% daripada seluruh spesies haiwan. Akan tetapi serangga amat
berperanan dalam ekosistem dalam mewujudkan kesejahteraan hidup secara
keseluruhannya. Justeru, al-Qur’an sendiri telah membicarakan tentang serangga ekoran
kepentingannya dalam kehidupan manusia. Walaupun terdapat pelbagai jenis serangga
yang hidup di atas muka bumi ini, namun al-Qur’an hanya mengetengahkan beberapa
jenis serangga sahaja yang mewakili kumpulan-kumpulan serangga dengan pelbagai cara
hidupnya, seperti serangga pemakan tumbuh-tumbuhan, pemakan benda-benda organik
mati, serangga pemangsa dan parasit, dan serangga yang hidup secara bersendirian dan
bermasyarakat. Penyataan tentang serangga di dalam al-Qur’an menunjukkan kebesaran
dan keagungan Allah SWT, di samping ia adalah satu fakta biologi untuk dikaji oleh
manusia yang dikurniakan akal fikiran dan kemampuan untuk melakukan kajian. Ia
bersesuaian dengan konsep ilmu di dalam Islam yang mengarah kepada tauhid dan
keredhaan Allah SWT. Secara umumnya, serangga yang telah disebut di dalam al-Qur’an
ialah nyamuk, lalat, belalang, kutu, lebah, semut dan anai-anai. Namun begitu, serangga
yang telah dijadikan sebagai perumpamaan dalam al-Quran hanyalah nyamuk dan lalat.
Oleh yang demikian, kajian dalam kertas kerja ini akan melihat kepada rahsia dan hikmah
pemilihan serangga-serangga tersebut di dalam al-Qur’an. Seterusnya, analisis akan
dilakukan untuk melihat elemen i’jaz yang terdapat dalam ayat-ayat al-Qur’an yang
membicarakan tentang serangga tersebut.
Download File
|
PDF
31834.pdf
- Published Version
Restricted to Repository staff only
Download (341kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |