Citation
Duraisamy, Thilaghawathi and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
(2012)
Keberkesanan pendekatan pembelajaran koperatif dalam topik adjektif dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
In: Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2012), 18 Nov. 2012, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. (pp. 669-674).
Abstract
Kertas ini mebincangkan keberkesanan penggunaan pendekatan pebelajaran koperatif menggunakan model STAD berbanding dengan pembelajaran secara tradisional bagi bagi topik kata adjektif. Kajian secara kuasi eksperimental ini telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pulau Sebang, Tampin, Melaka. Yang terdiri daripada 12 orang dipilih untuk kumpulan eksperimen (6 lelaki dan 6 perempuan) dan 11 orang murid (6 lelaki dan 5 perempuan) untuk kumpulan kawalan. Analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan antara skor ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan murid yang didedahkan secara pembelajaran koperatif. Begitu juga dengan kumpulan yang mengikuti pembelajaran secara tradisional. Namun begitu, analisis berdasarkan ujian pasca pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam skor antara kumpulan yang didedahkan dengan pembelajaran secara koperatif berbanding kumpulan secara tradisional. Kajian yang menggunakan sembilan modul ini menunjukkan pendekatan pembelajaran
koperatif sangat berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran secara tradisional.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |