UPM Institutional Repository

Epistemologi historiografi miskawayh di dalam Tajarib Al-Umam


Citation

Kamaruzaman, Azmul Fahimi (2012) Epistemologi historiografi miskawayh di dalam Tajarib Al-Umam. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini membincangkan epistemologi Miskawayh dalam historiografinya Tajarib al-Umam. Objektif adalah untuk mentafsir tiga faktor dominan dalam historiografi Tajarib iaitu struktur kandungan, textual flow dan penekanan. Ketiga-tiga faktor tersebut dicerakinkan sebagai mewakili perbincangan tentang skop dan metode historiografi serta kerangka sejarah Miskawayh. Kajian ini menggunakan pendekatan kitaran hermeneutik dan analisis dokumen bagi menjelaskan kefahaman tentang struktur teks Tajarib merangkumi whole (menyeluruh) dan part (juzuk),pembahagian antara bahagian sejarah universal dengan kontemporari, etimologi judul ‘Tajarib al-Umam’, metode penyusunan teks, konsep pergerakan sejarah, kewujudan idea tajribah (pengalaman) dan epistemologinya. Hasil kajian mendapati wujud tiga aspek signifikan dalam Tajarib. Pertama Miskawayh menerapkan idea sejarah berunsur tajribah bagi membentuk kerangka keseluruhan penulisan Tajarib. Kedua terdapat empat peringkat metode penyusunan maklumat sejarah diaplikasi Miskawayh iaitu maraji’ (rujukan), mukhtasar (epitome), masadir (sumber) dan tajribi (empirikal). Ketiga Miskawayh mempunyai rangkaian sistem urutan tersendiri bagi memastikan teori tajribah beliau berfungsi dalam Tajarib iaitu bermula dengan mushahadah (penyaksian) serta mulahazah pemerhatian), kemudian diikuti dengan zahirah (konteks), seterusnya ifadah (bermanfaat) yang akhirnya menzahirkan tajribah. Hasil kajian mendapati Miskawayh mengaplikasi konsep sejarah bercirikan tajribah yang berbentuk semi-kitaran sejarah. Bentuk tersebut diaplikasi Miskawayh dalam penulisan bahagian sejarah kontemporari Tajarib berasaskan tiga tahap pergerakan sejarah kerajaan Buwayh iaitu pembentukan, pemulihan dan kecemerlangan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2012 8R.pdf

Download (843kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Knowledge, Theory of
Subject: Islamic ethics
Subject: Iran - Historiography
Call Number: FEM 2012 8
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zaid Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 12 May 2017 03:52
Last Modified: 12 May 2017 03:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31672
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item