UPM Institutional Repository

Faktor yang mempengaruhi tahap amalan teknologi MORTEX dalam kalangan pekebun kecil getah di Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia


Citation

Ahmad, Mariyah (2012) Faktor yang mempengaruhi tahap amalan teknologi MORTEX dalam kalangan pekebun kecil getah di Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penerimaanguna sesuatu teknologi bergantung kepada ciri-ciri penerima, teknologi itu sendiri dan perhubungan dengan agen pengembangan sebagai pembawa perubahan. Di Malaysia teknologi pertanian adalah penting untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian terutamanya dalam industri getah asli. Di antara teknologi yang diberikan kepada pekebun kecil adalah teknologi kimia rangsangan MORTEX untuk meningkatkan pengeluaran susu getah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tahap amalan teknologi MORTEX. Kajian berbentuk kuantitatif kolerasi ini menggunakan sampel yang terdiri daripada 110 orang pekebun kecil yang menyertai Program Torehan Berintensiti Rendah (LITS3) oleh Lembaga Getah Malaysia. Maklumat dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diisi secara temubual di tiga buah kampung di daerah Jempol, Negeri Sembilan dan datadata ini telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap inovasi dan pengetahuan penggunaan MORTEX dengan tahap penerimaanguna MORTEX. Manakala hubungan faktor-faktor lain seperti amalan perladangan getah, perhubungan agen pengembangan dan penglibatan sosial menunjukkan tiada hubungan yang signifikan dengan penerimaanguna MORTEX. Implikasi faktor terpenting dalam penerimaanguna kimia rangsangan MORTEX ialah pemindahan teknologi yang dibuat dengan cara yang lebih terancang akan dapat meningkatkan pengeluaran susu getah/lateks di kalangan pekebun kecil. Justeru itu, Lembaga Getah Malaysia perlu meningkatkan usaha dengan lebih gigih lagi untuk memindahkan teknologi perangsangan pengeluaran lateks kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan pembangunan pekebun kecil dengan tumpuan utama diberi kepada faktor inovasi pekebun sebagai faktor pendorong kejayaan.


Download File

[img] Text
FPP 2012 5R pdf.pdf

Download (770kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Agriculture - Technology transfer - Negeri Sembilan
Subject: Rubber tappers - Negeri Sembilan - Case studies
Subject: Educational technology industries - Negeri Sembilan
Call Number: FPP 2012 5
Chairman Supervisor: Shamsuddin bin Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 04 Feb 2015 03:46
Last Modified: 28 Aug 2024 01:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31638
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item