Citation
Ngah Ishak, Ahmad Lutfi and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
(2012)
Kesediaan guru dan sokongan terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah kebangsaan zon Pudu.
In: Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2012), 18 Nov. 2012, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. (pp. 201-207).
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan guru dan sokongan yang diterima oleh mereka terhadap pelaksanaan program kemahiran literasi dan numerasi (LINUS) di zon Pudu. Seramai 117 orang guru yang terlibat secara langsung dengan program LINUS dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru terhadap pelaksana program LINUS adalah tinggi (Min=3.80; SP
=0.408). Sokongan yang diterima oleh pihak guru juga adalah tinggi (Min=3.88; SP=0.412). Secara keseluruhan, kajian menunjukkan bahawa guru sekolah rendah kebangsaan zon Pudu yang terlibat secara langsung dengan program LINUS mempunyai tahap kesediaan yang baik. Begitu juga sokongan yang
diterima dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak pengurusan sekolah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |