Citation
Liong, Yaw Peng and Wong, Su Luan and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
(2012)
Strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar : sorotan literatur.
In: Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2012), 18 Nov. 2012, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. (pp. 327-331).
Abstract
Dalam perkembangan sektor pendidikan yang menuju ke arah pembelajaran konstruktif, aplikasi strategi pembelajaran dalam kalangan pelajar telah diperluas dari bidang bahasa ke bidang-bidang pengajian lain seperti sains, matematik, psikologi dan statistik. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan strategi pembelajaran adalah berhubung kait dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar pengajian tinggi (Heikkila & Lonka, 2006; Simsek & Balaban, 2010; Yip, 2007). Namun begitu, kebanyakan kajian yang dirujuk adalah berdasarkan konteks pembelajaran di luar negara. Justeru, kajian yang menerokai hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan pencapaian pelajar perlu dijalankan dalam konteks pembelajaran di Malaysia demi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran institusi pengajian tinggi tempatan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |