UPM Institutional Repository

Amalan budaya kerja berprestasi tinggi dalam sebuah organisasi perkhidmatan awam pusat.


Citation

Mohamed, Nor Shah and Asmuni, Azizan (2012) Amalan budaya kerja berprestasi tinggi dalam sebuah organisasi perkhidmatan awam pusat. In: Graduate Research in Education Seminar (GREDUC 2012), 18 Nov. 2012, Universiti Putra Malaysia. (pp. 178-188).

Abstract

Membangunkan budaya prestasi tinggi kini menjadi keutamaan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (PAM) sejajar dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Justeru, kertas ini memaparkan keupayaan sebuah organisasi PAM mengembangkan amalan-amalan pengurusan terbaik dalam menyumbang ke arah membangunkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam organisasi. Pengalaman sebuah Agensi Pusat Perkhidmatan Awam Malaysia yang dikenali sebagai APPAM* telah dijadikan contoh untuk memaparkan lapan (8) amalan pengurusan terbaik yang boleh dianggap memberi kesan kepada pembangunan budaya prestasi tinggi dalam sesebuah organisasi PAM. Amalan-amalan pengurusan terbaik yang dipaparkan ialah perancangan strategik, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9000, Kad Skor Secara Seimbang (Balanced Scorecard (BSC)), Amalan 5S /Pengurusan Persekitaran Kualiti, Sistem Star Rating (SSR), Strategik Pengurusan Sumber Manusia, dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management Information System (HRMIS)). Sesebuah organisasi yang ingin maju perlu mempunyai kelebihan dalam amalan pengurusan terbaik yang diaplikasikan dalam pembangunan organisasi bagi mencapai prestasi pada tahap tertinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pemegang berkepentingan (stakeholders). Perbincangan kertas berasaskan penganalisisan literatur dan pengalaman penulis dalam organisasi perkhidmatan awam yang ditinjau.


Download File

[img] PDF
ID 31479.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (356kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Notes: Full text are available at Special Collection Division Office.
Keywords: High culture; Best management practices; Service delivery.
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 13 Jun 2014 08:56
Last Modified: 30 Jun 2014 05:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31479
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item