Citation
Mohamed, Nor Shah and Asmuni, Azizan
(2012)
Amalan budaya kerja berprestasi tinggi dalam sebuah organisasi perkhidmatan awam pusat.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREDUC 2012), 18 Nov. 2012, Universiti Putra Malaysia. (pp. 178-188).
Abstract
Membangunkan budaya prestasi tinggi kini menjadi keutamaan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (PAM)
sejajar dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Justeru, kertas ini memaparkan keupayaan sebuah organisasi
PAM mengembangkan amalan-amalan pengurusan terbaik dalam menyumbang ke arah membangunkan
budaya kerja berprestasi tinggi dalam organisasi. Pengalaman sebuah Agensi Pusat Perkhidmatan Awam
Malaysia yang dikenali sebagai APPAM* telah dijadikan contoh untuk memaparkan lapan (8) amalan
pengurusan terbaik yang boleh dianggap memberi kesan kepada pembangunan budaya prestasi tinggi dalam
sesebuah organisasi PAM. Amalan-amalan pengurusan terbaik yang dipaparkan ialah perancangan
strategik, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9000, Kad Skor Secara
Seimbang (Balanced Scorecard (BSC)), Amalan 5S /Pengurusan Persekitaran Kualiti, Sistem Star Rating
(SSR), Strategik Pengurusan Sumber Manusia, dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human
Resource Management Information System (HRMIS)). Sesebuah organisasi yang ingin maju perlu mempunyai
kelebihan dalam amalan pengurusan terbaik yang diaplikasikan dalam pembangunan organisasi bagi
mencapai prestasi pada tahap tertinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pemegang
berkepentingan (stakeholders). Perbincangan kertas berasaskan penganalisisan literatur dan pengalaman
penulis dalam organisasi perkhidmatan awam yang ditinjau.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |