UPM Institutional Repository

Evolusi susun atur ruang rumah : perubahan kedudukan ruang dapur dan bilik tidur (perbandingan rumah tradisional dan rumah bertingkat (apartment atau flat).


Citation

Dzulkifli, Ain Zuraina and Utaberta, Nangkula (2013) Evolusi susun atur ruang rumah : perubahan kedudukan ruang dapur dan bilik tidur (perbandingan rumah tradisional dan rumah bertingkat (apartment atau flat). In: Notes on Malaysian Architecture. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789679603422

Abstract

Susun atur ruang di dalam rumah adalah elemen penting dalam merekabentuk sesebuah rumah. Ketika zaman terdahulu, masyarakat tidak sesekali mengambil enteng dalam menyusun atur ruang untuk memastikan keselesaan penduduk sesebuah kediaman tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang permasalahan susun atur ruang yang semakin tidak diambil peduli oleh sesetengah penduduk. Ruang penting seperti ruang dapur serta bilik tidur yang menjadi ruang yang paling penting kurang di beri kepentingan pada masa kini. Perbincangan ini dibahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama adalah pengenalan terhadap susun atur ruang-ruang yang terdapat di dalam rumah. Bahagian kedua, adalah perbandingan susun atur rumah tradisional serta rumah moden. Bahagian ketiga, adalah sebab –sebab yang menjadikan susun atur rumah tradisional berubah dan bahagian keempat adalah, kesan-kesan yang mungkin terjadi disebabkan perubahan susun atur yang berlaku. Diharapkan melalui penulisan ini, dapat memberi kesedaran terhadap masalah susun atur ruang rumah moden berbanding rumah tradisional yang mempengaruhi satu aspek besar iaitu aspek sosial dalam kalangan masyarakat.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Publisher: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Keywords: Architecture; Traditional carving; Malaysia.
Depositing User: Suzila Mohamad Kasim
Date Deposited: 04 Sep 2014 08:26
Last Modified: 05 Sep 2014 08:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31309
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item