Citation
Abstract
Rumah tradisional melayu merupakan satu warisan yang amat berharga. Reka bentuknya bukan saja menyentuh mengenai hubungannya dengan alam sekelilingnya. malah dengan agama dan budaya masyarakat melayu pada ketika itu. Kayu cengal dan jati merupakan bahan yang sering digunakan dalam pembinaan rumah melayu. Namun kini, nilai bahan - bahan tersebut amat mahal. Secara tidak langsung mengurangkan pembinaanya pada hari ini. Rumah-rumah moden pada hari ini tidak menggambarkan keunikan seni bina melayu tradisional nenek moyang kita. Terdapat beberapa idea mengenai adaptasi seni bina tradisional dalam konteks hari ini. Hala tuju seni bina Malaysia juga merupakan satu daripada isu yang membimbangkan. Hal ini kerana arus permodenan di Malaysia menyebabkan kita terpengaruh untuk ke depan, namun meninggalkan budaya dan warisan seni bina melayu di belakang. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkab identiti negara Malaysia terus menjadi persoalan. Penulisan ini dihasilkan supaya banyak pihak sedar akan kepentingan dalam mengekalkan identiti tradisional melayu dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam merealisasikan perkara ini.
Download File
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Divisions: | Faculty of Design and Architecture |
Publisher: | Penerbit Universiti Putra Malaysia |
Keywords: | Architecture; Traditional carving; Malaysia; Vernacular architecture. |
Depositing User: | Suzila Mohamad Kasim |
Date Deposited: | 04 Sep 2014 04:17 |
Last Modified: | 25 Oct 2014 01:29 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31308 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |