Citation
Abstract
Pembelajaran reka bentuk seni bina sebenarnya meliputi lebih daripada aspek-aspek fizikal dan struktur bangunan. Sesebuah seni bina harus mampu mencerminkan kehidupan sesebuah masyarakat di mana ianya berada. Kursus seni bina merupakan satu bidang pengajian yang bersifat multi-faset, sejajar dengan kerencaman sosial dan kebudayaan masyarakat. Pengajian seni bina tidak hanya terhad kepada aspek-aspek reka bentuk, malah merangkumi sistem nilai, falsafah, kelestarian, teknologi dan banyak lagi. Kursus-kursus selain studio reka bentuk membayangkan kerencaman ini dan perlu diselenggarakan secara integratif. Perkara ini penting kerana pengajian seni bina di universiti seharusnya berupaya melahirkan arkitek-arkitek yang inovatif, kreatif, berpengetahuan luas serta peka terhadap masyarakat dan persekitaran serta perubahan-perubahan yang sentiasa berlaku di dalamnya. Matlamat ini perlu menjadi agenda utama dalam pembelajaran studio reka bentuk seni bina.
Download File
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Divisions: | Faculty of Design and Architecture |
Publisher: | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia |
Keywords: | Architecture; Learning; Building. |
Depositing User: | Suzila Mohamad Kasim |
Date Deposited: | 05 Sep 2014 02:34 |
Last Modified: | 05 Sep 2014 02:34 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31305 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |