Citation
Jahaya, Jasrul Nizam
(2004)
Indeks Kualiti Air (Doe-Wqi) Dan Perkaitannya Dengan Kekeruhan Air Sungai di Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur di Pahang.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Satu kajian mengenai indeks kualiti air (DOE-WQI) dan perkaitannya dengan kekeruhan
telah dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Karak hingga Kuantan, Pahang.
Sebanyak 23 stesen persampelan telah dipilih untuk mencapai objektif ini. Stesen-stesen
tersebut ialah Sungai Bentong, Sungai Kelau, Sungai Sertik, Sungai Jenalik, Sungai
Senut, Sungai Teris, Sungai Jentar, Sungai Sal, Sungai Jengka, Sungai Kundang, Sungai
Jempol, Sungai Kemak, Sungai Chedong 1, Sungai Chedong 2, Sungai Luit, Sungai
Bakapor, Sungai Lepar, Sungai Kebantan, Sungai Berkelah, Sungai Pohoi, Sungai Belat,
Sungai Pandan dan Sungai Mabok.
Daripada kajian yang dijalankan, didapati kualiti air di kawasan persampelan adalah di
dalam lingkungan Kelas I, Kelas II dan Kelas III. Bagaimanapun terdapat beberapa
parameter yang harus diambil berat terutamanya oksigen terlarut, pH dan Kekeruhan
untuk mengekalkan kualiti air yang baik.Hasil daripada ujian statistik yang dijalankan, didapati hanya parameter kekeruhan dan
pepejal terampai sahaja yang mempunyai perkaitan secara linear (p<0.01, R2=0.8547).
Bagi parameter pH dan Permintaan Oksigen Biokimia, BOD ianya mempunyai perkaitan
yang kuat secara korelasi dengan kekeruhan.
Daripada analisis regresi pelbagai, model persamaan kekeruhan bagi Lebuhraya Pantai
Timur (LPT) ialah, Kekeruhan = 0.98SS + 5.431 (p<0.01, R2=0.855) dan Kekeruhan = 0.669COD + 0.992SS (p<0.01, R2=0.928).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |