UPM Institutional Repository

MoU UPM-ITA Penyelidikan Turbin Angin


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) MoU UPM-ITA Penyelidikan Turbin Angin. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 10 November - Fakulti Kejuruteraan,Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ITA International akan menjalankan projek penyelidikan peralatan sistem hibrid turbin angin dan solar dalam pengumpulan dan analisa data bagi menguji kecekapannya menjana kuasa. ITA akan menempatkan tiga peralatan turbin angin dengan kapasiti 300W, 1500W dan 3000W, berserta 12 panel solar di UPM. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Peter Chin Fah Kui berkata teknologi hijau memainkan peranan penting dalam pembangunan serta peluang memacu ekonomi negara melalui perlaksanaan ekonomi hijau dalam sektor tenaga, pembuatan, perkhidmatan dan pengangkutan. “Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu memperkukuhkan platform penyelidikan teknologi hijau agar hasilnya akan dimanfaatkan bagi memperkembangkan industri teknologi hijau dengan lebih pesat. “Kementerian menggalakkan kolaborasi antara swasta dan institusi pengajian tinggi untuk menjalankan penyelidika teknologi ini. Kerjasama antara UPM dan ITA amat sesuai dengan tema dasar teknologi Hijau Negara," katanya pada majlis MoU UPM dan ITA International di sini. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM Prof. Dato’ Abu Bakar Salleh berkata projek yang akan dilaksanakan di Kompleks Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan itu akan mengkaji kesan optimum ke atas penjanaan tenaga yang dihasilkan dan penjimatan kos utiliti. "Pengaplikasikan sistem ini diharapkan akan dijadikan sumber rujukan pelajar serta penyelidik dalam dan luar negara di dalam teknologi hijau,” katanya. ITA International adalah sebuah syarikat tempatan yang mempunyai hubungan strategik dengan syarikat Solytech Corporation,Taiwan dalam perkhidmatan teknologi hijau solar, turbin angin dan lampu LED.


Download File

[img]
Preview
PDF
MoU_UPM-ITA_Penyelidikan_Turbin_Angin.pdf

Download (62kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 20 Nov 2009 07:46
Last Modified: 27 May 2013 07:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3023
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item