UPM Institutional Repository

Hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar sekolah menengah.


Citation

Othman, Mohamad Khairi and Suhid, Asmawati and Mat Rashid, Abdullah and Roslan, Samsilah (2013) Hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar sekolah menengah. Journal of Applied Research in Education, 17. pp. 56-76. ISSN 1996-9945; ESSN: 2310-3477

Abstract

Masyarakat sering membincangkan tentang masalah gejala sosial terutama dalam kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial dalam pembentukan tingkah laku dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni mereka. Kajian ini penting untuk menjelas dan mengesahkan status semasa penghayatan nilai murni pelajar dan peranan faktor-faktor sosial terhadap penghayatan nilai murni pelajar supaya usaha membendung gejala sosial dapat diatasi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif-korelasi. Data dikutip melalui soal selidik. Seramai 448 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data-data dianalisis melalui program SPSS versi 15.0 yang menggunakan statistik deskriptif dan ujian korelasi pearson. Hasil tinjauan mendapati bahawa secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap peranan faktor-faktor sosial adalah berada pada tahap sederhana tinggi dan penghayatan nilai murni pelajar juga berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini juga mendapati persepsi pelajar terhadap faktor-faktor sosial bagi dimensi faktor ibu bapa, persekitaran masyarakat dan persekitaran sekolah sahaja mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Kesimpulannya, beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam artikel ini dalam membentuk nilai murni pelajar.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.ubd.edu.bn/journal/jare/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam
Keywords: Social factors; Internalization of noble values; Students; Secondary school.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 07 Nov 2014 01:44
Last Modified: 07 Nov 2014 01:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/29077
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item