Citation
Kamarudin, Nurzatulshima and Halim, Lilia
(2013)
Konsep pengurusan alatan dan bahan untuk pembelajaran sains di makmal.
Jurnal Teknologi, 60 (1).
pp. 65-70.
ISSN 0127–9696; ESSN: 2180–3722
Abstract
Pembelajaran sains melalui eksperimen di makmal lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar. Eksperimen sains, ujikaji atau kerja makmal yang biasanya dijalankan di makmal, melibatkan alatan dan bahan kimia, spesimen segar atau awet. Kaedah tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni apabila pelajar merancang, mengendalikan dan menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen, spesimen dan bahan kimia. Kertas kerja ini membicarakan konsep pengurusan alatan dan bahan dalam pembelajaran sains di makmal. Selain daripada itu, dipaparkan juga konsep pengurusan pembelajaran secara umum dan kepentingan pengurusan dalam pembelajaran sains di makmal. Hasil pendedahan konsep pengurusan daripada kajian literatur dan dapatan kajian-kajian yang lepas, akan dibuat satu kesimpulan cara paling berkesan dalam mengurus alatan dan bahan dalam pembelajaran sains di makmal.
Download File
|
Other (Abstrak)
Konsep pengurusan alatan dan bahan untuk pembelajaran sains di makmal.xps
Download (263kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |