UPM Institutional Repository

Amalan pentaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif : kajian kes terhadap guru sekolah menengah.


Citation

Mohamed Mokhtar, Marzni and Baki, Roselan and Abd Rahman, Fadzilah (2013) Amalan pentaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif : kajian kes terhadap guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (2). pp. 1-17. ISSN 2180-4842

Abstract

Kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya dipadankan bersama proses penaksiran yang berkesan bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Tugas ini perlu digalas oleh individu guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dan proses penaksiran dapat dilaksanakan secara beriringan. Bagi tujuan ini, guru perlu memiliki pengetahuan dan pengalaman yang kompeten berkaitan proses penaksiran yang bakal dilangsungkan. Penghasilan wacana argumentatif mempunyai ekspektasi bahawa murid perlu mengemukakan fakta dan huraian yang padat dan jelas dalam sesebuah penulisan selain daripada mengelakkan timbulnya sebarang keraguan dalam kalangan pembaca terhadap isu yang dibincangkan. Hal ini demikian membawa kepada perlunya sistem penaksiran yang bersesuaian untuk menaksir kemampuan murid menulis karangan argumentatif. Justeru, makalah ini akan memberikan perhatian terhadap persoalan berkaitan bagaimana guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah melaksanakan amalan penaksiran dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. Gambaran yang menyeluruh bagi memperlihatkan amalan penaksiran karangan peserta kajian dapat dijana dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif. Malah, metodologi kajian kes kualitatif ini melibatkan penyertaan enam orang guru Bahasa Melayu yang berperanan sebagai pembekal data yang “kaya”, dan tiga teknik pengumpulan data iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen karangan argumentatif. Terdapat empat tema utama yang dapat dibentuk iaitu prosedur, pendekatan, pembinaan komunikasi antara guru dengan murid dan masalah pelaksanaan amalan penaksiran karangan bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Amalan pentaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif.pdf

Download (179kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.ukm.my/jpbm/ViewVolume.aspx?vid=4

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Writing assessment; Argumentative writing; Qualitative case study; Teacher’s assessment practices
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 09 Dec 2014 01:26
Last Modified: 07 Oct 2015 01:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/29058
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item