Citation
Kamis, Arasinah and Bakar, Ab. Rahim and Hamzah, Ramlah and Asimiran, Soaib
(2013)
Keperluan kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (ReFP) dalam industri fesyen.
Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (2).
pp. 60-74.
ISSN 1985-496X
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau keperluan kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (ReFP) agar graduan dapat menempatkan diri dalam industri fesyen. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual kumpulan berfokus ke atas dua kumpulan tenaga pengajar seramai 16 orang. Kesemua responden mengajar dalam bidang ReFP di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILK) di Malaysia. Majoriti responden berpendapat kompetensi yang paling penting adalah kemahiran perdagangan/ keusahawanan, pengetahuan rekaan dan pengetahuan penilaian tekstil. Responden juga mengemukakan perubahan program yang sering berlaku menghalang mereka untuk mengaplikasikan sebahagian kompetensi yang sangat diperlukan dalam bidang fesyen. Kebanyakan kompetensi pengetahuan ini diaplikasikan secara tidak formal semasa pengajaran dan pembelajaran bergantung pada kesesuaian masa mereka. Oleh yang demikian, sewajarnya pihak yang terlibat dalam penggubalan dasar mahupun pembentukan kurikulum perlulah menjalankan kajian menyeluruh ke atas sesuatu program yang telah dijalankan sebelum membuat sebarang perubahan. Ini bertujuan agar dapat meninjau dan mengenal pasti permasalahan yang berlaku sepanjang pelaksanaan sesuatu program. Ini bertujuan menghasilkan graduan Technical Vocational Education Training (TVET) yang berkualiti, mempunyai nilai keboleh pasaran, seiring dengan perubahan teknologi dan boleti menjadi usahawan yang berjaya. Tambahan pula, mereka adalah bakal tenaga kerja yang akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi negara.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |