Citation
Salimon, Abd Main
(1989)
Penyeliaan Latihan Mengajar: Implikasi dari Kajian Kes
Penilaian Latihan Mengajar.
Pertanika, 12 (3).
pp. 433-440.
Abstract
Artikel ini melaporkan hasil kajian yang telah dij'alankan ke atas guru-guru pelatih Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Khususnya ia melaporkan dapatan daripada kajian tentang
pandangan guru pelatih tentang apakah yang mereka anggap penting dalam Penyeliaan Latihan Mengajar
Guru-Guru Pelatih UPM. Kajian ini menemukan 3 dimensi atau gugusan kriteria dalam penyeliaan latihan
perguruan iaitu pengetahuan teknik pengajaran, kemahiran menyelia dan minat menyelia. Model perkaitan
antara pembolehubah tingkah laku penyeliaan dicerap dmipada matris korelasi menggunakan Teknik Analisis
Kesamaan McQuity (Dunn-Rankin 1983).Maklumat diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik
yang telah dibentuk khas untuk kajian ini berdasarkan kepada tujuan yang ingin dicapai. Data dikumpul
daripada 243 orangguru pelatih iaitu lebih kurang 20%daripada jumlah guru-guru pelatih yang mengambil
kursus "Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling" Sesi 1986/1987, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Pertanian Malaysia. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 126 orang pelatih perempuan dan
117 orang pelatih lelaki. Mengikut program, 35 orang adalah pelatih Bacelor Sains dengan Pendidikan, 78
orang pelatih Diploma Sains dengan Pendidikan, 65 orang pelatih Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa
Malaysia sebagai Bahasa Pertama) dan 65 orang pelatih Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Kedua).
Download File
Preview |
|
PDF
Penyeliaan_Latihan_Mengajar_Implikasi_dari_Kajian_Kes.pdf
Download (3MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |