Citation
Jamaludin, Mohammad Aizat and Ramli, Mohd Anuar
(2012)
Analisis gender dalam budaya konsumerisme semasa menurut
perspektif hukum Islam.
In: International Conference on Rights of Muslim in the Modern World, 11-12 Apr. 2012, Brunei. .
Abstract
Era siber-optik telah menyaksikan terbuka luasnya ruang interaksi dan komunikasi antara manusia merentasi sempadan negara, malah agama dan budaya. Selari dengan perkembangan tersebut, fenomena ini melibatkan masyarakat Islam dan bukan
Islam yang turut mengalami perubahan cara hidup dan tradisi budaya. Dalam budaya konsumerisme, pengikIanan sebagai medium penyebaran produk berkembang canggih dan pantas sehinggakan pengguna menjadi terpesona dengan ikIan-ikIan yang dipaparkan. Dalam kata lain, budaya konsumerisme tersebut kembali menjajah negara umat Islam. Mangsa fenomena ini kebanyakannya melibatkan kaum wanita berbanding lelaki. Sehubungan dengan itu, berasaskan pendekatan analisis gender dalam budaya konsumerisme semasa, didapati adanya elemen ketidakadilan gender yang ketara seperti wujudnya ciri stereotaip gender. Ciri ini dapat digambarkan dengan pelabelan negatif terhadap wanita. Mereka dicitrakan sebagai golongan yang obses dengan kecantikan. Mereka turut dinisbahkan dengan gejala shopaholic (gemar membeli-belah). Gejala ini dikaitkan dengan pembelian barangan yang tidak dirancang yang menyumbang kepada senario muflis kesan jerat hutang kad kredit. Begitu juga dengan pengeksploitasi seksual
wanita yang berlebihan dalam pengikIanan produk. Tubuh badan wanita telah dipergunakan sebagai bahan pelaris produk. Pendedahan anggota tubuh badan yang mempesonakan ini menzahirkan bias gender terhadap wanita. Pelecehan seksual ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang
analisis gender dalam budaya konsumerisme semasa dengan penumpuan terhadap beberapa aspek analisis gender menurut perspektif hukum Islam.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |