Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Saintis UPM temui rahsia penawar herba kuno Iran cegah barah hati.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 3 Dis (UPM) – Seorang saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya merungkai rahsia perubatan kuno Iran berkaitan penggunaan buah ‘berberi’ dan kini menghasilkan minuman kesihatan yang kaya dengan bahan antioksidan serta baik untuk hati.
Seperti saintis dan penyelidik lain, Prof. Dr Fauziah Othman, Ketua Jabatan Anatomi Manusia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, juga giat melakukan eksperimen terhadap pelbagai herba di negara ini untuk mencari penawar bagi penyakit kanser.
Bibit kejayaan Prof Fauziah bermula lebih 10 tahun lepas apabila seorang penuntut Iran memberi kepada beliau beberapa berberi kering. Menurut pelajar berkenaan, seperti safron, beriberi juga diguna secara meluas di Iran sebagai perasa dalam makanan dan penduduk negara itu (seperti nenek moyang Parsi mereka) percaya bahawa buah ini baik untuk kesihatan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |