Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Sekolah, Melayu sendiri tidak bersungguh martabatkan BM: Citra Sahabat DBP.
[UPM News]
Abstract
ERDANG, 26 Nov (UPM) – Seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) menyuarakan kebimbangannya tentang kemerosotan penguasaan bahasa Melayu tinggi yang begitu ketara di Malaysia kebelakangan ini.
Menurut Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan Sosial dan Pembangunan UPM, Prof Madya Dr Sarjit Singh Gill, 40, perkara ini dapat dilihat daripada jawapan dalam peperiksaan oleh mahasiswa, hinggalah kepada perbahasan para wakil rakyat di Parlimen.
Sebaliknya, kata beliau hampir semua lapisan masyarakat hari ini lebih gemar menggunakan bahasa basahan atau bahasa “rendah” dan seolah-olah langsung tidak berasa bersalah apabila mereka mengorbankan keindahan bahasa Melayu yang terkenal sebagai bahasa Nusantara yang begitu indah berseni suatu ketika dulu.
Terlatih sebagai ahli antropologi, Dr Sarjit banyak membuat kajian dan menulis kritikan tentang penggunaan dan kemajuan bahasa Melayu sejak lebih sedekad lepas.
Download File
Preview |
|
PDF
Sekolah, Melayu sendiri tidak bersungguh martabatkan BM-Citra Sahabat DBP.pdf
Download (73kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |