Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Saintis UPM temui kaedah jadikan minyak sawit lebih selamat untuk makanan bayi.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 20 Nov (UPM) – Walaupun semua minyak masak bertapis – sama ada minyak jagung, sawit, zaitun, soya, kelapa, atau kacang tanah – mengandungi peloporkloroester tertentu yang mungkin bersifat karsinogenik, tetapi sekumpulan saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemui satu proses yang mampu menghilangkan pelopor berkenaan apabila menapis minyak sawit.
Menurut ketua kumpulan penyelidik berkenaan, Prof Dr Tan Chin Ping, bahan pelopor yang sudah diketahui ramai itu ialah Free Kloroesteri 3-Monochloroester-1,2-Diol (atau ringkasnya 3-MCPD) dan kajian mendapati 3-MCPD ini adalah bersifat karsinogenik (boleh menyebabkan kanser) terhadap haiwan.
Beliau berkata peratusan tertentu minyak sawit bertapis digunakan dalam penghasilan formula untuk bayi, formula susulan dan makanan bayi (kerana kandungan asid palmitiknya) tetapi berbeza dengan orang dewasa, bayi tidak mampu menyingkirkan 3-MCPD dalam sistem pencernaan.
Download File
Preview |
|
PDF
Saintis UPM temui kaedah jadikan minyak sawit lebih selamat untuk makanan bayi.pdf
Download (78kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |