UPM Institutional Repository

Kesan Pendedahan Racun Karbaril terhadap Tumbesaran dan Pembiakan Aphis craccivora Koch


Citation

Ibrahim, Yusuf and Wong, Kuan Yeow (1989) Kesan Pendedahan Racun Karbaril terhadap Tumbesaran dan Pembiakan Aphis craccivora Koch. Pertanika, 12 (1). pp. 43-46.

Abstract

Dalam kajian ini kesan beberapa kepekatan racun karbaril terhadap beberapa parameter jadual hayat Aphis craccivora Koch telah diselidiki. Telah didapati bahawa karbari pada kepekatan melebihi 0.0106% b.a. dapat membunuh kesemua nimfa instar awal. Pendedahan pada kepekatan ini pula mengakibatkan kelewatan pembiakan selama tiga hari pada tiga peratus dan pada populasi dewasa yang telah didedahkan dan umur hidupnya hanya 10 hri, iaitu suatu kesingkatan hayat yang bererti berbanding dengan 29 hari dalam kawalan. Nilai-nilai parameter jadual hayat juga menunjukkan bahawa populasi afid yang berkenaan tidak akan bertambah dan oleh itu tidak mampu melanjutkan hayatnya ke generasi hadapan. Sebaliknya terdapat 8% yang mencapai kedewasaan bagi populasi yang terdedah kepada kepekatan 0.0052% b. a., 40% bagi kepekatan 0.0027% b.a. dan 68% bagi kepekatan 0.0013% b.a.


Download File

[img]
Preview
PDF
Kesan_Pendedahan_Racun_Karbaril_terhadap.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 17 Nov 2009 02:13
Last Modified: 27 May 2013 07:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2703
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item