Simple Search:

Graduan disaran tingkatkan integriti, jauhi rasuah - Tan Sri Lim


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Graduan disaran tingkatkan integriti, jauhi rasuah - Tan Sri Lim. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG – Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) disaran memperkuatkan integriti diri dan menjauhi amalan rasuah apabila memasuki sektor kerjaya kerana penyakit masyarakat itu bakal membawa musibah besar kepada negara. Pro Canselor UPM, Tan Sri Lim Ah Lek berharap graduan UPM mengamalkan nilai murni dengan mengambil iktibar kesan buruk gejala rasuah kerana ia boleh menjejaskan nama baik universiti tempat mereka. “Selain kerajaan, graduan dan masyarakat amnya harus memainkan peranan dalam menentukan nilai-nilai murni agar sentiasa berada pada tahap yang tinggi. “Jika di peringkat akar (UPM) sudah disemai dengan cantik, maka sudah pasti akan menjadi pepohon yang kukuh untuk dilindungi,” katanya pada ucapan Majlis Konvokesyen ke-37 UPM sesi keempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia di sini.


Download File

[img]
Preview
PDF
Graduan disaran tingkatkan integriti, jauhi rasuah - Tan Sri Lim.pdf

Download (85kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 12 Nov 2013 14:53
Last Modified: 12 Nov 2013 14:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26923
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item