Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Graduan disaran tingkatkan integriti, jauhi rasuah - Tan Sri Lim.
[UPM News]
Abstract
SERDANG – Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) disaran memperkuatkan integriti diri dan menjauhi amalan rasuah apabila memasuki sektor kerjaya kerana penyakit masyarakat itu bakal membawa musibah besar kepada negara.
Pro Canselor UPM, Tan Sri Lim Ah Lek berharap graduan UPM mengamalkan nilai murni dengan mengambil iktibar kesan buruk gejala rasuah kerana ia boleh menjejaskan nama baik universiti tempat mereka.
“Selain kerajaan, graduan dan masyarakat amnya harus memainkan peranan dalam menentukan nilai-nilai murni agar sentiasa berada pada tahap yang tinggi.
“Jika di peringkat akar (UPM) sudah disemai dengan cantik, maka sudah pasti akan menjadi pepohon yang kukuh untuk dilindungi,” katanya pada ucapan Majlis Konvokesyen ke-37 UPM sesi keempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia di sini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |