Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Graduan diseru sumbang ilmu kepada masyarakat – Tan Sri Nayan.
[UPM News]
Abstract
SERDANG – Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku alumni Universiti diseru untuk menyumbang ilmu kepada pembentukan masyarakat dan tamadun dengan lebih berkualiti, berintegriti dan sinergi dengan alam persekitaran. “Para graduan diharapkan agar terus berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menjadikan kejayaan hari ini sebagai landasan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara,” kata Pro-Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin. Beliau berkata mereka juga perlu menyokong usaha memperkukuhkan hubungan yang lebih erat antara alumni dan UPM kerana alumni merupakan komponen penting dalam melonjakkan kecemerlangan Universiti pada peringkat antarabangsa.
Download File
Official URL or Download Paper: http://www.upm.edu.my/berita/details/Graduandiseru...
|
Additional Metadata
Item Type: | UPM News |
---|---|
Divisions: | Universiti Putra Malaysia |
Publisher: | Universiti Putra Malaysia |
Depositing User: | Norhaliza Zainal |
Date Deposited: | 12 Nov 2013 06:47 |
Last Modified: | 12 Nov 2013 06:47 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26922 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |