UPM Institutional Repository

Teori tingkah laku berencana dan tingkah laku menyokong perubahan: satu sorotan


Citation

Wan Mahmood, Wan Baharudin and Idris, Khairuddin and Abu Samah, Bahaman and Omar, Zoharah (2016) Teori tingkah laku berencana dan tingkah laku menyokong perubahan: satu sorotan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1 (4). pp. 27-36. ISSN 2504-8562

Abstract

Sokongan pekerja semasa pelaksanaan perubahan organisasi adalah penting untuk memastikan perubahan tersebut mencapai kejayaan. Oleh itu, mengenal pasti faktor-faktor yang boleh memotivasikan individu untuk menyokong perubahan organisasi adalah penting. Kajian-kajian lepas telah mengesahkan faktor-faktor yang boleh memberi kesan terhadap tingkah laku individu menyokong perubahan. Walau bagaimanapun, hanya terdapat beberapa kajian sahaja yang telah mengenal pasti faktor-faktor yang berpotensi dalam bentuk kerangka kerja yang berasaskan teori khususnya menggunakan teori tingkah laku berencana. Oleh itu, kajian ini meneroka bagaimana faktor jangkaan manfaat dari perubahan, sokongan penyelia dan efikasi kendiri berkenaan perubahan menggalakkan tingkah laku individu menyokong perubahan. Seterusnya, sorotan yang dilakukan menawarkan beberapa proposisi berdasarkan literatur terkini untuk dibuat kajian empirikal yang lebih mendalam bagi mengenal pasti kesan faktor-faktor tersebut ke atas tingkah laku menyokong perubahan yang boleh dijadikan panduan dalam bidang akademik dan juga praktis.


Download File

[img] Text (Abstrak)
Teori tingkah laku berencana dan tingkah laku menyokong perubahan satu sorotan.pdf

Download (34kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Organizational change; Behavioural support for change; Theory of planned behaviour; Perceived benefit; Supervisor support; Change self-efficacy
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 15 Apr 2020 16:09
Last Modified: 15 Apr 2020 16:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26828
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item