Citation
Wan Mahmood, Wan Baharudin and Idris, Khairuddin and Abu Samah, Bahaman and Omar, Zoharah
(2016)
Teori tingkah laku berencana dan tingkah laku menyokong perubahan: satu sorotan.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1 (4).
pp. 27-36.
ISSN 2504-8562
Abstract
Sokongan pekerja semasa pelaksanaan perubahan organisasi adalah penting untuk memastikan perubahan tersebut mencapai kejayaan. Oleh itu, mengenal pasti faktor-faktor yang boleh memotivasikan individu untuk menyokong perubahan organisasi adalah penting. Kajian-kajian lepas telah mengesahkan faktor-faktor yang boleh memberi kesan terhadap tingkah laku individu menyokong perubahan. Walau bagaimanapun, hanya terdapat beberapa kajian sahaja yang telah mengenal pasti faktor-faktor yang berpotensi dalam bentuk kerangka kerja yang berasaskan teori khususnya menggunakan teori tingkah laku berencana. Oleh itu, kajian ini meneroka bagaimana faktor jangkaan manfaat dari perubahan, sokongan penyelia dan efikasi kendiri berkenaan perubahan menggalakkan tingkah laku individu menyokong perubahan. Seterusnya, sorotan yang dilakukan menawarkan beberapa proposisi berdasarkan literatur terkini untuk dibuat kajian empirikal yang lebih mendalam bagi mengenal pasti kesan faktor-faktor tersebut ke atas tingkah laku menyokong perubahan yang boleh dijadikan panduan dalam bidang akademik dan juga praktis.
Download File
|
Text (Abstrak)
Teori tingkah laku berencana dan tingkah laku menyokong perubahan satu sorotan.pdf
Download (34kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |