UPM Institutional Repository

Pola komunikasi dan strategi pengurusan konflik komunikasi antarabudaya dalam kalangan majikan Malaysia dan pembantu rumah asing Indonesia


Citation

Sulaiman, Abdul Hadi (2011) Pola komunikasi dan strategi pengurusan konflik komunikasi antarabudaya dalam kalangan majikan Malaysia dan pembantu rumah asing Indonesia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti amalan strategi pengurusan konflik komunikasi antara budaya di kalangan Majikan Malaysia dan pembantu rumah asing (PRA) Indonesia. Terdapat lima objektif khusus untuk kajian ini iaitu (a) mengenalpasti amalan pola komunikasi antara majikan Malaysia dan PRA Indonesia, (b)mengenalpasti amalan strategi pengurusan konflik komunikasi antarabudaya antara majikan Malaysia dan PRA Indonesia, (c) menentukan perbezaan pola komunikasi antara majikan Malaysia dan PRA Indonesia, (d) menentukan perbezaan amalan strategi pengurusan konflik komunikasi antarabudaya antara majikan Malaysia dan PRA Indonesia, dan (e) menentukan perkaitan amalan strategi pengurusan konflik komunikasi antarabudaya dengan faktor umur dan pembolehubah pola komunikasi. Kajian tinjauan deskriptif secara kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dan dilaksanakan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Penyelidik telah mengaplikasikan teknik persampelan mudah dan rantaian bertujuan dalam proses pengumpulan data dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Berdasarkan kaedah ini, seramai 110 pasang responden (110 orang majikan dan 110 orang PRA) telah dipilih. Hasil kajian mendapati, majikan Malaysia lebih mengamalkan komunikasi konteks rendah, komunikasi dua hala, dan mementingkan air muka diri sendiri, manakala PRA Indonesia juga menunjukkan amalan pola komunikasi yang serupa dengan majikan dengan amalan komunikasi konteks rendah, komunikasi dua hala, dan mementingkan air muka diri sendiri. Berikutnya bagi strategi pengurusan konflik komunikasi antara budaya, majikan didapati lebih mengamalkan strategi integrasi dan strategi dominasi dalam mengurus konflik komunikasi dengan PRA. Manakala PRA didapati lebih mengamalkan strategi integrasi dan strategi mengelak dalam mengurus konflik komunikasi dengan majikannya. “Dependent Sample t-test” mendapati hanya pembolehubah mementingkan air muka orang lain sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan antara responden majikan Malaysia dan PRA Indonesia. Manakala terdapat juga perbezaan yang signifikan pada strategi dominasi dan strategi mengelak antara responden majikan Malaysia dan PRA Indonesia. Penyelidik mencadangkan kepada majikan Malaysia dan PRA Indonesia supaya berusaha meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang komunikasi antara budaya, perbezaan budaya di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam perhubungan interpersonal yang terjalin. Pihak kerajaan dan agensi bagi kedua-dua negara ini seharusnya perlu lebih kerap berganding bahu dalam memainkan peranan untuk menambahbaik polisi dan peraturan sedia ada serta memberi pendidikan, latihan dan maklumat yang sewajarnya bagi mengurangkan konflik komunikasi antarabudaya yang dilihat menjadi punca kepada konflik yang lebih serius


Download File

[img]
Preview
PDF
IPSS 2011 5R.pdf

Download (767kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Intercultural communication - Malaysia
Subject: Conflict management - Malaysia
Subject: Household employees - Malaysia - Communication
Call Number: IPSS 2011 5
Chairman Supervisor: Jamilah Othman, Ph.D
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 05:39
Last Modified: 26 Jan 2022 05:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26783
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item