Citation
Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Alwi, Nor Hayati and Suhid, Asmawati
Penerapan elemen ilmu oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran pendidikan Islam sekolah menengah.
In: Wacana Pendidikan Islam Siri ke-9 Peringkat Serantau: "Memartabatkan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Serantau", 24-28 Sep 2013, Brunei Darussalam. .
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang elemen ilmu dan proses elemen berkenaan diterap dalam
pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah oleh guru-guru Pendidikan Islam. Elemen ilmu
ialah antara elemen Falsafah Pendidikan Islam yang perlu diterap dalam pengajaran. Pendekatan
kualitatif digunakan dalam kajian ini bagi meneliti elemen ilmu dan proses ia diterap dalam
pengajaran. Manakala kaedah utama pengumpulan data ialah menerusi temu bual mendalam.
Sementara itu, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen turut dijalankan sebagai data
sokongan. Seramai lapan orang guru Pendidikan Islam terpilih sebagai subjek kajian. Kesemua
guru Pendidikan Islam didapati menerapkan elemen ilmu dalam pengajaran mereka bertepatan
dengan kurikulum dan falsafah yang telah ditentukan Proses guru menerapkan elemen ilmu pula
merangkumi aktiviti-aktiviti yang memastikan pelajar dapat mengingati, memahami dan berfikir.
Di samping itu, guru-guru turut menjalankan aktiviti bimbingan untuk pelajar yang lemah
sementara aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk pelajar yang lebih tinggi pencapaian akademik.
Walaupun begitu, adalah didapati proses guru menerapkan elemen ilmu lebih cenderung kepada
aktiviti yang tertumpu kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar. Implikasi kajian
dikemukakan berdasarkan dapatan kajian serta cadangan untuk kajian pada masa hadapan turut
dibincangkan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |