Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2013)
Tiga pelajar UPM muncul naib juara pertandingan kitar semula beg debunga.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 17 Sept (UPM) – Tiga pelajar kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul naib juara dalam satu pertandingan kitar semula beg pendebungaan sebuah syarikat British dan diberi peluang merangka satu rancangan perniagaan untuk produk-produk baru dibiayai oleh syarikat itu.
Ketiga-tiga mereka, Goh Han Lin, 21, dari Kuching, Woon Xian Yang, 23, dari Kluang dan Teh Jun Xiong, 23, dari Pulau Pinang, semuanya pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal, mengetahui mengenai pertandingan bagaimana mengitar semula beg pendebungaan PBS International, sebuah syarikat UK, daripada pensyarah-penyelia mereka, Dr Norkhairunnisa Mazlan, seorang pensyarah kanan/penyelidik dengan Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan UPM.
Download File
Preview |
|
PDF
Tiga pelajar UPM muncul naib juara pertandingan kitar semula beg debunga.pdf
Download (113kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |