UPM Institutional Repository

Pelajar UPM menang hadiah pertama pertandingan teknologi makanan di Chicago


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2013) Pelajar UPM menang hadiah pertama pertandingan teknologi makanan di Chicago. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 14 Ogos (UPM) – Sesi sumbang saran yang berterusan dan penyelidikan menjadi kunci kejayaan sekumpulan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara dua tahun berturut-turut dalam pertandingan Teknologi Makanan Antarabangsa di Chicago bulan lalu. Pelajar-pelajar pasca-siswazah Sew Chang Chew, Tan Tai Boon, Mohd Asraf Mohd Zainudin, Kuan Chee Hao dan Najla Gooda Sahib begitu gembira kerana kemenangan mereka benar-benar menguji apa yang mereka telah pelajari di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM. Ia juga mengiktiraf mereka sebagai pelajar sains dan teknologi makanan terbaik di dunia untuk dua tahun berturut-turut. Tahun lalu pelajar UPM memenangi tempat pertama dalam pertandingan sama dianjurkan oleh Institute of Food Technologists (IFT) bersempena dengan mesyuarat dan pameran tahunan mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar UPM menang hadiah pertama pertandingan teknologi makanan di Chicago.pdf

Download (144kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 12 Sep 2013 01:39
Last Modified: 12 Sep 2013 01:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26501
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item