Citation
Mohamad Murad, Nurfatin Afza and Ahmad, Nobaya and Hamsan, Hanina Halimatusaadiah
(2016)
Program rawatan dan pemulihan dadah di pusat pemulihan penagihan dadah, Kuala Lumpur.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1 (3).
pp. 14-30.
ISSN 2504-8562
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan aktiviti program rawatan dan pemulihan dadah di sebuah Pusat Rawatan di Kuala Lumpur berdasarkan kajian awal. Pusat rawatan dan pemulihan ini menggunakan model psiko-sosio-bio-spiritual dalam proses pemulihan mereka. Pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, serta temubual peribadi ke atas responden yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan dadah di pusat tersebut. Kaunselor yang mengendalikan program turut ditemubual untuk mendapat maklumat yang jelas tentang program rawatan dan pemulihan yang dijalankan. Penemuan kajian awal menunjukkan bahawa pendekatan rawatan dan pemulihan menggunakan Therapeutic Community telah berjaya membantu pelatih dalam proses pemulihan dadah terutamanya dalam aspek pembentukan semula tingkah laku dan kemahiran hidup vokasional. Oleh itu, hasil kajian ini dapat digunakan bagi menyokong program pemulihan dadah alternatif kepada rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang sedia ada di negara ini.
Download File
|
Text (Abstrak)
Program rawatan dan pemulihan dadah di pusat pemulihan penagihan dadah, Kuala Lumpur.pdf
Download (34kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |