Citation
Ani, Fauziah and Abu Samah, Asnarulkhadi and Redzuan, Ma'rof and Ahmad, Nobaya
(2016)
Pendekatan pendayaupayaan dalam pembangunan komuniti: satu analisa dari teori kepada praktis.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1 (1).
pp. 36-44.
ISSN 2504-8562
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana teori pendayaupayaan diaplikasikan sebagai satu pendekatan yang kritikal boleh meningkatkan kuasa dan kapasiti dalam pembangunan komuniti. Ini kerana pendayaupayaan tidak hanya dilihat dari teori dan falsafah sahaja, tetapi ia merupakan satu pendekatan yang hidup dan boleh diaplikasikan bagi mempertingkatkan kesejahteraan hidup ke arah yang lebih baik sama ada di peringkat individu, organisasi mahupun komuniti. Banyak isu-isu komuniti yang dibincangkan oleh golongan ilmuan dengan menggunakan pendekatan pendayaupayaan seperti isu kemiskinan, kesihatan, wanita, golongan kurang upaya, ibu tunggal, belia, kepimpinan,organisasi dan sebagainya. Ini kerana pendekatan ini merupakan pendekatan yang efektif dalam menyelesaikan isu dengan cara mendayaupayakan individu ataupun kumpulan sasaran untuk mengambil tindakan-tindakan yang berkesan melalui kemampuan dan potensi yang dibina. Perbincangan akan dimulakan dengan perbincangan mengenai definisi pendayaupayaan yang dikaitkan secara jelas dengan konsep kuasa. Dalam kontek pembangunan komuniti, pendayaupayaan merujuk kepada mekanisme yang mana individu, organisasi dan komuniti memperoleh kawalan ke atas kehidupan dan isu-isu yang berkaitan dengan mereka di dalam aspek ekonomi, sosial, psikologi dan politik. Bagi memahami secara jelas konsep ini, perbincangan konsep pendayaupayaan juga akan dikupas secara mendalam dengan melihat definisi ini dari dua dimensi yang berbeza iaitu sama ada pendayaupayaan sebagai satu proses ataupun sebagai hasil atau produk (outcome).
Download File
|
Text (Abstrak)
Pendekatan pendayaupayaan dalam pembangunan komuniti satu analisa dari teori kepada praktis.pdf
Download (35kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |