Citation
Ahmat @ Amiruddin, Suhaida
(2004)
Penggunaan Kaedah 2d-Page Untuk Kajian Pengekspresan Protein Semasa Embriogenesis Puntius gonionotus.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pengekspresan protein dapat dikesan dengan menggunakan
elektroforesis 2-dimensi (2-DE) dan hasilnya adalah suatu
elektroferogram. Elektroferogram ini kemudiannya perlu diwarnakan
bagi menghasilkan suatu peta protein. Peta protein yang terhasil ini
merupakan kajian kuantitatif bagi memerhati perubahan protein yang
diekspreskan oleh sesuatu tisu, sel mahupun bendalir badan. Kajian
ini dapat mengenal pasti protein yang hadir atau juga yang hilang
ketika proses embriogenesis berlaku .
Dalam kerja selidik ini, pengekspresan protein semasa embriogenesis
Puntius gonionotus telah menunjukan protein tersebut mengalami
perubahan semasa melalui tujuh fasa perkembangan yang dikaji.
Matlamat utama penyelidikan ini adalah bertujuan untuk memajukan
kaedah 2-DE bagi mengkaji perubahan protein yang berlaku semasa
embriogenesis.
Bagi memajukan kaedah ini beberapa kerja preliminari dijalankan
terlebih dahulu, iaitu pemilihan penimbal lisis, peratusan gel dan juga
pewarnaan gel yang sesuai. Elektroforesis dua–dimensi (2-DE)
merupakan suatu kaedah yang digunakan dalam mengkaji ekspresi
protein secara keseluruhan dalam sesuatu sampel. Melalui kaedah ini,
campuran protein kompleks dapat dipisahkan dalam gel
poliakrilamida berdasarkan cas dan berat molekul protein tersebut.
Pemilihan penimbal lisis yang sesuai perlu dilakukan berikutan tiada
satu pun kaedah penyediaan sampel yang dapat digunakan secara
universal bagi mengekstrak semua jenis protein yang terkandung
dalam setiap sampel yang dikaji. Oleh yang demikian, bagi
melakukan perbandingan, beberapa jenis penimbal lisis berdasarkan
kepada kaedah Görg et al. (2000) dan Kanaya et al. (2000) samada yang
vi
asal dan juga yang telah diubahsuai serta penimbal Triton X-100 telah
digunakan. Seterusnya ekstrak-ekstrak protein tersebut dinilai melalui
elektroforesis 1-dimensi. Penimbal lisis Kanaya et al. (2000) yang telah
diubahsuai adalah didapati larutan pengekstrak yang paling berkesan
bagi melarutkan protein telur Puntius gonionotus. Penggunaan
penimbal ini dapat menghasilkan jumlah jalur protein yang paling
banyak dalam pemisahan elektroforesis 1-dimensi. Penimbal lisis ini
seterusnya telah digunakan untuk mengekstrak protein dari beberapa
fasa embriogenesis Puntius gonionotus.
Seterusnya, penentuan peratusan gel yang sesuai pula telah dilakukan
dengan menggunakan empat jenis peratusan gel yang berbeza. Ia amat
penting dalam memastikan julat pengasingan protein yang dikaji
adalah luas. Didapati SDS-PAGE yang mempunyai peratusan gel 12%
telah dipilih berikutan ia berjaya mengasingkan protein dalam julat
yang luas.
Langkah terakhir bagi memajukan kaedah ini, pemilihan kaedah
pewarnaan gel pada elektroferogram yang dihasilkan dilakukan. Ia
dilakukan untuk mengesan protein yang telah dipisahkan. ’Coomassie
Brilliant Blue R-250’ dan pewarnaan ‘silver’ telah dipilih untuk
dilakukan perbandingan. Peta protein merupakan hasil akhir yang
diperolehi dan ia hanya berjaya diwarnakan melalui pewarnaan
‘silver’.
Melalui peta protein yang diperolehi didapati, degradasi dan sintesis
protein berlaku sepanjang proses embriogenesis. Terdapat protein
baru dihasilkan bagi setiap fasa embriogenesis. Namun begitu, ada
juga protein yang tidak dapat dikesan setelah melalui fasa
perkembangan embrio tersebut. Boleh dikatakan kebanyakan protein
yang diperolehi adalah bersifat basik dengan julat pH diantara pH 7.5
- pH 10
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |