UPM Institutional Repository

Aplikasi kaedah analisis kandungan : gambaran budi bahasa dan nilai murni orang Melayu dalam buku Malay Courtesy


Citation

Dani, Noor Aina (2011) Aplikasi kaedah analisis kandungan : gambaran budi bahasa dan nilai murni orang Melayu dalam buku Malay Courtesy. SARI : Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 121-136. ISSN 0127-2721; ESSN: 2231-9530

Abstract

Dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia pada masa kini, terdapat keperluan yang mendesak untuk memahami dengan lebih dekat adab dan budaya bangsa-bangsa yang berlainan. Sikap menghargai adab dan budaya sesuatu masyarakat adalah satu cara untuk menuju ke arah perpaduan kaum. Keterangan tentang budi bahasa yang diamalkan oleh orang Melayu dalam kehidupan seharian mengikut pemerhatian Sheppard dalam bukunya yang bertajuk Malay Courtesy diharap dapat menyumbang ke arah matlamat perpaduan pelbagai kaum. Kaedah analisis kandungan digunakan oleh penulis untuk memaparkan amalan budi bahasa orang Melayu dalam kehidupan seharian di sekitar tahun 1950-an. Buku ini memberi faedah kepada orang Melayu sendiri kerana di dalamnya tertulis adab dan etika tingkah laku orang Melayu lama yang ada antaranya sudah tidak diamalkan oleh orang Melayu sendiri, sedangkan ianya sesuatu yang berharga, yang mesti dipulihara oleh orang Melayu. Isi kandungan buku ini terbina daripada enam bab tentang budi bahasa orang Melayu; iaitu berjumpa dan bersalam, di rumah, musim menuai, perkahwinan, sembahyang Jumaat, serta kelahirankematian. Daripada analisis kandungan terhadap buku ini, didapati bahawa budi bahasa orang Melayu dimanifestasi menerusi tatatertib, perbuatan kebajikan, bersopan santun, kelakuan, tutur kata, dan kebijaksanaan.Gambaran nilai murni yang terkandung dalam buku ini terdiri daripada kebersihan fizikal, amalan baik, disiplin diri, hormat-menghormati, semangat hidup bermasyarakat, kesyukuran dan keredaan, semangat kejiranan, semangat kerjasama, tolong-menolong, murah hati, kepercayaan kepada tuhan, bertanggungjawab, kasih sayang, dan bersimpati.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Aplikasi kaedah analisis kandungan.pdf

Download (85kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Content analysis; Malay; Etiquette; Values; Malay Courtesy
Depositing User: Nur Farahin Ramli
Date Deposited: 15 May 2014 04:37
Last Modified: 10 Feb 2016 05:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24387
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item