Citation
Dani, Noor Aina and Jaffar, Saadiah and Seruji, Zuraini and Abang Amir, Reduan
(2011)
Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah.
Jurnal Melayu, 8.
pp. 67-90.
ISSN 1675-7513
Abstract
Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah membolehkan bahasa sukuan ini terus hidup dan digunakan sebagai bahasa pertuturan di rumah oleh generasi tua dan muda. Pemilikan leksikal bahasa Melayu yang pada mulanya asing bagi bahasa Dusun, selepas beberapa lama, akhirnya terserap ke dalam kosa kata bahasa Dusun sehinggakan kata Melayu tersebut hilang bunyi aslinya. Hal ini menampakkan kecenderungan penutur etnik Dusun memilih dan memasukkan ke dalam bahasa Dusun pilihan leksikal bahasa Melayu yang relevan dengan bahasa Dusun.Kata-kata Melayu yang sedemikian rupa hidup subur dalam bahasa Dusun dan digunakan dalam pertuturan harian. Selain itu, terdapat kata-kata Melayu yang mengalami perubahan bunyifonem kerana proses, penggantian, pengguguran dan penambahan. Ciri akustik bahasa Melayu dan bahasa Dusun juga terdapat dalam sebutan. Fosilisasi, iaitu nafian, pemudahan dan generalisasi melampau sama melengkapi kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrack)
Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah.pdf
Download (85kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |