Citation
Mohd Salim, Sara Shakilla and Abu Samah, Asnarulkhadi
(2011)
Tahap penglibatan komuniti Orang Asli dalam pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia.
Journal of Human Capital Development, 4 (1).
pp. 125-139.
ISSN 1985-7012; ESSN: 2289-8115
Abstract
Penglibatan Orang Asli dalam pembangunan masih menjadi isu. Sebagai kumpulan minoriti mereka sering dianggap ketinggalan dalam proses pembangunan komuniti. Paksi kepada proses pembangunan komuniti adalah penglibatan. Menerusi penglibatan, (ahli) komuniti dapat membentuk keupayaan mereka dan sekali gus membina pendayaupayaan komuniti. Kajian ini meneliti perkara asas dalam proses pembangunan iaitu meninjau sejauh mana komuniti Orang Asli terlibat dalam menyertai bengkel atau kursus serta penglibatan mereka memberi cadangan dan membuat keputusan dalam hal ehwal kehidupan mereka dalam pelbagai konteks dan peringkat. Seramai 319 orang ketua keluarga terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada kaum Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Hasil kajian menunjukkan tahap penglibatan dalam pembangunan komuniti bagi ketiga-tiga kaum berada pada tahap yang rendah. Walaupun demikian sudah terdapat petunjuk bahawa komuniti Orang Asli sudah sedar pentingnya mereka terlibat sama dalam memberi cadangan dan membuat keputusan yang berkaitan dengan hidup mereka. Peluang masih terbuka luas untuk agensi pembangunan meningkatkan usaha dan mengubah pendekatan membawa perubahan kepada kumpulan minoriti ini supaya mereka lebih tertarik mahu melibatkan dalam proses pembangunan, sehingga akhirnya membentuk menjadi komuniti yang berdaya upaya.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Tahap penglibatan komuniti Orang Asli dalam pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |