UPM Institutional Repository

Pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah.


Citation

Musanif , Ahmad Mahmood and Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Yaakob, Nor Azuwan and Che Su, Norizan (2011) Pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Linguistik, 13. pp. 1-16. ISSN 1823-9242

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan membincangkan tahap pengetahuan dan maknanya mengikut jantina. Seramai 847 orang pelajar sekolah dipilih sebagai responden. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan Teori Konstruktivisme. Hasil kajian mendapati pelajar sekolah mempunyai pengetahuan peribahasa yang berkisar di sekitar kehidupan mereka iaitu peribahasa yang selalu diajarkan di sekolah dan peribahasa yang sering diungkapkan dalam kehidupan seharian. Aspek abstrak yang terkandung dalam peribahasa belum diketahui secara mendalam dan menyeluruh kerana kurang kajian tentangnya. Hasil Ujian t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=-9.570, p=0.000) dari segi pengetahuan peribahasa dan makna peribahasa antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang dikaji. Pengetahuan peribahasa dan makna peribahasa dalam kalangan pelajar lelaki didapati lebih tinggi ( min 1.74) berbanding pelajar perempuan( min 1.73). Oleh yang demikian pelajaran peribahasa harus diajar dalam setiap kemahiran bahasa supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang makna peribahasa untuk diaplikasikan dalam wacana penulisan mereka, sekali gus meningkatkan keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Proverbs; Language skills; Secondary school students.
Depositing User: Nur Farahin Ramli
Date Deposited: 25 Feb 2014 08:51
Last Modified: 20 Oct 2015 01:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24355
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item