UPM Institutional Repository

Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu 1911: Kuasa raja dan pengaruh Islam dalam sebuah kerajaan Melayu.


Citation

Musa, Hashim and Abdul Aziz, Adi Yasran (2011) Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu 1911: Kuasa raja dan pengaruh Islam dalam sebuah kerajaan Melayu. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (SARI) , 29 (1). pp. 67-77. ISSN 0127-2721

Abstract

Undang-Undang bagi diri kerajaan Terengganu (Itqân al-mulûk bi ta‘dîl al-sulûk) bertarikh 11 Zulkaedah 1329 H atau 2 November, 1911 M, merupakan sebuah teks bercetak, ditulis atas perintah Sultan Terengganu Sultan Zainal ‘Abidin III (1881 – 1918). Kandungannya terdiri daripada satu prakata, satu mukadimah, 53 Fasal dan satu Khatimah. Isinya jelas mengandungi pengaruh Islam dalam banyak aspek, manakala mempertahankan adat warisan Melayu dalam beberapa aspek. Undang-Undang ini digubal atas perintah Sultan Terengganu untuk melawan pengaruh kuasa barat yang cuba untuk mendominasi negeri-negeri Melayu khususnya negeri Terengganu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi. Artikel ini tidak akan mengupas semua isi kandungan Undang-Undang ini, hanya memfokuskan kepada dua aspek iaitu pengaruh Islam dalam penggubalannya dan kuasa Sultan dalam pelantikan dan penolakan calon ke jawatan Menteri Besar.


Download File

[img]
Preview
PDF ( Abstract)
Undang.pdf

Download (184kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Teks undang-undang; Tatanegara; Perlembagaan; Negara persekutuan; Negara unitari; Terengganu; Majlis syura.
Depositing User: Nur Farahin Ramli
Date Deposited: 24 Oct 2013 08:57
Last Modified: 20 Oct 2015 05:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24340
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item